Kerajaan Negeri Sasar Promosi Sektor Pelancongan Di Eropa Dan Rusia Tahun Ini

Daftar Isi

    LancangKuning.com - Kerajaan negeri terus komited memperkenalkan industri pelancongan Sabah diperingat antarabangsa menerusi rangka promosi di Eropah dan Rusia tahun ini.Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pendekatan seumpama itu sudah mula dilaksanakan sejak tahun lalu dan melihat respon positif kemasukan pelancong mendorong kerajaan meneruskan langkah sama.

    Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media selepas melancarkan Sistem Aplikasi e Planning Permission (ePP), di Kota Kinabalu. Gambar SNT/Mohd Adam Arinin

    “Tahun lalu kita memulakannya di Istanbul serta Jerman dan kali ini kita memilih Rusia bagi permulaan. Menerusi pendekatan ini, kita ada menerima pelancong daripada Istanbul mahupun Jerman pada tahun in.

    “Saya menasihatkan kementerian berkaitan agar tidak hanya bergantung kepada satu sumber sahaja malahan mengembangkannya ke beberapa negara lain.

    “Kita mahu mengekalkan kemampanan. Oleh itu, kerajaan mesti menggunakan setiap gerakan ekonomi yang ada.

    “Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah juga akan menghadiri satu konvensyen di Rusia dalam tahun ini dan selepas itu, saya meminta mereka supaya pergi ke beberapa kawasan lain.

    “Rusia adalah antara negara kaya pendapatan keluaran dalam negara kasar (GDP) selain berminat dengan konservasi. Kita juga memiliki pusat konservasi termasuklah Imbak Canyon dan Lembah Danum yang boleh dijadikan tarikan pelancong atau lokasi kajian,” katanya ketika sidang media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sistem Aplikasi e Planning Permission (ePP), di sini, hari ini.

    Bagaimanapun, Mohd Shafie berkata kerajaan tetap memberikan tumpuan kepada industri pelancongan domestik disebabkan Sabah turut sering menjadi pilihan destinasi pelancongan kepada pelancong daripada Semenanjung, Sarawak, Singpura dan Brunei.

    Menurutnya, keperluan kedatangan pelancong domestik turut sama penting kepada Sabah terutamanya apabila situasi kurang memberangsangkan ketika ini.

    Sementara itu, ditanya mengenai keadaan industri pelancongan Sabah ketika ini, Mohd Shafie berkata sektor pelancongan masih berada dalam keadaan stabil dan kadar kemasukan pelancong masih tetap ada.

    “Walaupun kita sudah membatalkan semua penerbangan daripada negara China buat sementara waktu namun ia bukanlah sehingga boleh melumpuhkan sektor pelancongan negeri ini.

    “Kita sudah berbincang dengan syarikat penerbangan Air Asia tahun lalu supaya mereka membawa pelancong daripada Australia dan New Zealand datang ke sini tahun ini.

    “Hal ini pastinya antara langkah kita harap dapat direalisasikan dalam keadaan masalah yang dihadapi ketika ini,” katanya. 

    Smber : SabahNewsToday

     

    Bagikan Artikel

    data.label
    data.label
    data.label
    data.label
    Beri penilaian untuk artikel Kerajaan Negeri Sasar Promosi Sektor Pelancongan Di Eropa Dan Rusia Tahun Ini
    Sangat Suka

    0%

    Suka

    0%

    Terinspirasi

    0%

    Tidak Peduli

    0%

    Marah

    0%

    Komentar