Daftar Isi
LancangKuning.com - Nama Noh Salleh sememangnya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri muzik Tanah Air. Sudah pun berumah tangga dengan penyanyi yang kini lebih bergiat aktif dalam misi kemanusiaan, Mizz Nina, Noh dilihat sebagai seorang yang mesra dengan peminat.
Kongsi kata nasihat
Dia juga turut mempunyai saluran YouTube sendiri dengan berkongsi aktiviti hariannya disitu untuk tatapan para peminat. Menerusi satu perkongsian, Noh di YouTubenya, dia ada menjawab satu soalan berkenaan pertemuan dan perpisahan.
Sedutan daripada video itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter sehingga tular di media sosial.
Setiap pertemuan penuh hikmah
Menurut nasihat daripada penyanyi tersebut, setiap insan yang kita temui semestinya mempunyai sebab yang telah ditulis oleh Maha Pencipta.
“Setiap susunan pertemuan penuh hikmah dan kejadian yang bermanfaat. Tuhan tak temukan kita dengan nyawa yang lain, individu yang dengan saja-saja.”
Setuju sangat dengan ayat tu
Kata-kata yang disampaikan oleh Noh telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata bersetuju dengan apa yang diungkapkan.
Hal ini kerana umum sedia maklum bahawa majoriti peminatnya adalah golongan muda yang masih memerlukan nasihat daripada orang-orang tertentu untuk mereka memahami setiap fitrah kehidupan yang berlaku.
Sumber : ohmymedia.cc
Komentar