Daftar Isi
LancangKuning.com - Seorang wanita dan dua orang anaknya berjaya menyelamatkan diri manakala kenderaan mereka naiki jatuh ke gaung dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Ulu Spak di Betong.
Ketua Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata kejadian berlaku semasa mangsa menghantar anaknya ke sekolah sekitar jam 6.15 pagi tadi.
"Seorang wanita dan dua orang anaknya berjaya menyelamatkan diri semasa kejadian tanah runtuh berlaku dan hanya kenderaan sahaja jatuh ke gaung.
"Mangsa tiada mengalami kecederaan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, keadaan jalan putus sepenuhnya dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan.
Menurut beliau jalan masih dalam risiko untuk berlakunya tanah runtuh.
"Pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hati. Terdapat satu jalan alternatif yang berhubung ke Padeh," kata Ismail.
Sumber : utusanborneo.com.my
Komentar