Daftar Isi
LancangKuning.com - Suasana pilu menyelubungi hari pemergian pelakon dan pelawak terkenal Abam. Dari awal pagi sebilangan sahabat baik Abam memuat naik status sebak dan mnangis.
Namun paling menyentuh perasaan sebaik melihat keadaan ibu Abam yang tidak henti-henti mnangis.
” Sepatutnya mak pergi dulu dan bukan Abang (Abam), bangunlah Abang, tak kesian (kasihan) ke kat mak,” itu tangisan menyayat hati ibu kepada pelawak popular, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32, atau Abam Bocey yang mninggaI dnia dalam keadaan mengejut hari ini.
Sabariah Arshad, 63, dilihat tidak berhenti mnangis mengenangkan anak keduanya dijemput Ilahi secara tiba-tiba.
Lebih menyedihkan, sebaik mengetahui Abam sudah tiada, Sabariah menggoncang tubuh anaknya berulang kali namun anaknya disahkan sudah tidak bernyawa.
Abam yang menjadi tonggak keluarga disahkan mninggaI dnia jam 7.15 pagi di kediamannya di Kampung Sungai Salak, Jalan Gombak, Batu 10, Gombak, hari ini.
Sabariah ketika ditemui berkata, kali terakhir dia berjumpa Abam dua hari lalu yang ketika itu mengadu tidak ada selera makan.
Menurut Samariah, pagi tadi dia ke rumah seorang lagi anaknya, Syed Ali Mubarak atau Ali Puteh kerana memintanya menghantar ke klinik.
” Tiba-tiba isteri Abam telefon saya mengatakan Abam pengsan. Saya bergegas pulang ke rumah bersama Ali. Apabila tiba di rumah, saya menggoncang tubuh Abam berulang kali namun dia sudah tiada.
” Malah, sebaik mengetahui dia sudah tiada, berulang kali saya memegang pipinya supaya jangan tinggalkan saya, kasihankan saya,” katanya ketika ditemui di Masjid Gombak Utara, di sini.
Sabariah berkata, kehilangan Abam sangat terkesan dan dirasai kerana anaknya itu seorang yang baik dan sangat menghormati orang tua.
” Dia selalu ingatkan saya untuk makan ubat, kalau saya sakit dia yang akan susah hati. Abam memang anak yang baik, memang tak boleh lawan kebaikan dia, Ya Allah dia sangat baik,” katanya.
Katanya, walaupun sudah berkahwin Abam membelikan Sabariah sebuah kereta besar untuk kegunaan ibunya itu hasil wang kemenangan menyertai pertandingan Maharaja Lawak Mega.
” Tetapi apa guna saya ada kereta ini kerana tuannya pun sudah tiada. Pastinya saya akan rindu dengan Abam, kami sangat kamceng (rapat) sebelum dan selepas namanya popular,” katanya.
Katanya, pemergian Abam dalam keadaan mengejutkan membuatkan dia terkesima dan sukar percaya.
” Saya susah nak percaya pada mulanya, sebab itu saya goyang badan dia supaya bangun berulang kali namun doktor sudah mengesahkan Abam sudah tiada jam 7.15 pagi.
” Sebagai ibu, apa pilihan saya ada selain reda dan mendoakan yang baik-baik untuk arwh anak saya,” katanya.
Apa Kata Anda? Dah Baca Jangan Lupa Komen Yang Baik-Baik Sahaja Dan Share Ya. Terima Kasih.
Sumber : hmetro
Komentar