3 Kebaikan Masker Putih Telur Untuk Wajah

Daftar Isi

    LancangKuning.com - Kepada para wanita yang sangat mementingkan penjagaan kulit wajah namun tidak gemarkan produk yang mengandungi bahan kimia. Usah risau, anda boleh saja menggunakan masker putih telur yang hanya boleh dilakukan di rumah dengan cara yang sangat mudah dan murah.

    Bahan-bahan yang digunakan adalah seratus peratus bahan semulajadi yang tidak mempunyai sebarang bahan kimia di dalamnya. Masker putih telur ini juga mempunyai banyak kebaikan. Telur juga boleh menjadi satu hidangan yang sedap seta berkhasiat. Kandungan nutrien yang terkandung dalam putih telur juga memberi kesan baik untuk kulit wajah.

    Topeng muka diperbuat dari putih telur dijamin bahan semulajadi. Walaupun tidak banyak yang mengatakan kebaikan putih telur, namun apa salahnya kita mencuba sesuatu yang baru. Bersumberkan hellosehat, di bawah terdapat 3 kebaikan masker putih telur untuk wajah:

    1. Menegangkan kulit

    Bagi yang menginginkan masker wajah nagi merawat kulit wajah yang bermasalah, sebaiknya anda mencuba kaedah putih telur. Sekiranya anda selalu memgamalkan kaedah ini, segala kedutan dan garis-garis halus akan semakin berkurangan.

    2. Menyerap minyak

    Bagi yang mempunyai masalah kulit berminyak, anda boleh cuba memilih penggunaan masker putih telur ini sebagai langkah awal bagi mengurangkan jumlah minyak yang berlebihan pada kulit wajah.

    Kebaikan yang anda akan dapat dari masker putih telur ini adalah, ia mampu mengecilkan liang-liang roma yang berpunca dari minyak yang berlebihan. Pada masa yang sama, ia juga boleh menguatkan kulit pada wajah anda.

    3. Menghilangkan white head

    Munculnya white head adalah berpunca daripada sel kulit mati dan juga liang roma yang tersumbat disebabkan bakteria. Kebiasaannya bintik-bintik hitam akan menampakkan kulit wajah anda seakan-akan tidak bersih. Sering mengamalkan pemakaian masker putih telur ini juga mampu menghilangkanjerawat dan juga white head pada masa yang sama. Masker putih telur juga mampu menyuburkan kulit wajah anda.

    Mengunakan bahan-bahan semulajadi juga tidak terkecuali dalam membuktikan khasiat yang penting untuk kecantikan kulit. Penyediaan bahan yang mudah dan menjimatkan. Tunggu apa lagi, anda yang mengimpikan kulit yang cantik tanpa perlu mengeluarkan perbelanjaan yang banyak. Selamat mencuba.

    Bagikan Artikel

    data.label
    data.label
    data.label
    data.label
    Beri penilaian untuk artikel 3 Kebaikan Masker Putih Telur Untuk Wajah
    Sangat Suka

    0%

    Suka

    0%

    Terinspirasi

    0%

    Tidak Peduli

    0%

    Marah

    0%

    Komentar