Melihat Allah SWT Di Hari Akhirat Adalah Impian Dan Nikmat Terbesar Buat Seorang Hamba, Tapi Inilah 14 Golongan Yang Dihalang Untuk Melihat Allah SWT Di Akhirat Kelak

Daftar Isi

    Lancang.Kuning.com - Melihat Allah SWT Di Hari Akhirat Adalah Impian Dan Nikmat Terbesar Buat Seorang Hamba, Tapi Inilah 14 Golongan Yang Dihalang Untuk Melihat Allah SWT Di Akhirat Kelak,

    Melihat Allah di hari akhirat adalah nikmat terbesar buat seorang hamba. Allah Taala berfirman maksudnya, “..pada hari akhirat itu, muka (orang-orang yang beriman) berseri-seri; melihat kepada Tuhan-Nya..” Al-Qiyamah: 22-23

    Bertuahlah mereka yang mendapat peluang ini.

    Bagaimanapun, berdasarkan beberapa hadis, kita dapat pula mengetahui golongan yang dihalang daripada menatap wajah Allah.

    Golongan yang dihalang daripada menatap wajah Allah.

    1.Pendurhaka Kepada Ibu Bapa

    Sesiapa yang menderhaka tidak akan dipandang oleh Allah pada hari akhirat kelak. Sabda Rasulullah SAW,

    “Tiga golongan yang Allah tidak memandang wajah mereka pada hari kiamat kelak iaitu mereka yang menderhaka kepada kedua-dua ibu bapa, wanita yang berlagak lelaki dan golongan orang daiyuth.” HR Ahmad dan Nasai

    2.Berjanji Demi Kepentingan Dunia

    Orang yang suka berjanji palsu semata-mata untuk mendapatkan habuan dunia.

    3.Mereka Yang Memilih Pemimpin Kerana Kebendaan

    Seseorang yang memilih pemimpin kerana mahukan kebendaan, sedangkan dia tahu orang yang dipilih itu bukan pemimpin yang baik dan amanah.

    4.Orang Tua Yang Berzina

    Walaupun tahu perbuatan itu keji tapi tetap melakukannya tanpa rasa bersalah, sedangkan dalam usia begini dia sepatutnya menjadi contoh kepada generasi muda.

    Daripada Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Ada tiga golongan yang Allah enggan bercakap dengan mereka pada hari kiamat kelak. Allah tidak sudi memandang muka mereka, Allah tidak akan membersihkan mereka daripada dosa dan noda. Untuk mereka disiapkan seksa yang sangat pe dih. Mereka terdiri daripada orang tua yang berzii na, pemerintah yang suka berdusta dan fakir miskin yang takbur.” HR Muslim

    5.Golongan Yang Enggan Membantu Orang Lain

    Mereka adalah golongan yang sukar memberikan pertolongan kepada insan yang memerlukan pertolongan walaupun ia adalah pertolongan kecil dan mudah.

    6.Orang Miskin Yang Takabur

    Mereka bukan sahaja tidak disenangi oleh manusia tetapi dimurkai Allah. Golongan ini bukan sahaja rugi di dunia bahkan di akhirat.

    7.Wanita Yang Berlagak Seperti Lelaki

    Dari segi perlakuan dan perwatakan, kita menganggap dia seorang lelaki, sedangkan dia sebenarnya seorang wanita.

    8.Suami Dayus

    Seorang suami yang membiarkan isteri dan anaknya melakukan mak siat tanpa ada perasaan marah, cembu ru dan tidak berusaha menegur perbuatan tersebut.

    9.Pengamal Hubungan Se eks Song sang

    Inilah golongan yang mengamalkan budaya ji jik kaum Nabi Lut dan kemudian dibina sakan oleh Allah kerana perbuatan tersebut. Mereka sanggup melakukan apa sahaja demi memenuhi tuntutan naf su walaupun berse tu buh dengan isteri melalui du bur. Malah lebih teruk lagi mereka tergamak melakukan hubu ngan dengan binatang.

    10.Orang Yang Suka Mengungkit Pemberiannya

    Iaitu yang memberikan sesuatu kepada seseorang kemudian mengungkit kembali pemberiannya itu.

    11.Penjual Yang Berdusta

    Seseorang yang sanggup berbohong untuk melariskan jualannya. Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran: 77 yang bermaksud, “Sesungguhnya orang yang mengutamakan keuntungan dunia dan menca bu li sumpah mereka, tidak akan mendapat bahagian yang baik pada hari akhirat dan Allah tidak akan berkata-kata dengan mereka serta tidak akan memandang mereka pada hari kiamat dan tidak akan membersihkan mereka (daripada dosa) serta mereka diberikan azab yang pe dih.”

    12.Isteri Yang Tidak Berterima Kasih Kepada Suaminya

    Seorang isteri yang tidak tahu menghargai suami biarpun dia dilayan dengan baik.

    13.Orang Yang Suka Mempamerkan Harta Kekayaan

    Seseorang yang bersikap angkuh dan gemar mempamerkan harta kekayaan sedangkan ianya tidak bernilai langsung disisi Allah SWT.

    14.Pemerintah Yang Berdusta Dan Tidak Mempedulikan Penderi taan Rakyatnya

    Iaitu pemerintah yang tidak mempedulikan kebajikan dan penderitaan rakyat, sedangkan dia hidup bersenang-lenang. Malah rakyat sering dimomok-momokkan dengan janji-janji dusta semata-mata.

    Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Sesiapa yang memikul jawatan atau tugas menguruskan orang Islam, namun dia gagal memenuhi tanggungjawab dan dia mengelak daripada menyelesaikan keperluan mendesak, kepentingan kemiskinan dan kepapaan umat Islam, nescaya Allah akan mengelak (menjauhkan diri) daripadanya pada hari kiamat kelak daripada menyelesaikan keperluannya yang mendesak, kepentingan, kemiskinan dan kepapaannya pada hari tersebut.” HR Abu Daud

    Wallahu a’lam…

    Semoga bermanfaat, semoga kita tidak termasuk dalam golongan ini,, Aamiin…

    Sumber : https://www.mymediamaya.com/melihat-allah-swt-di-hari-akhirat-adalah-impian-dan-nikmat-terbesar-buat-seorang-hamba-tapi-inilah-14-golongan-yang-dihalang-untuk-melihat-allah-swt-di-akhirat-kelak/

    Bagikan Artikel

    data.label
    data.label
    data.label
    data.label
    Beri penilaian untuk artikel Melihat Allah SWT Di Hari Akhirat Adalah Impian Dan Nikmat Terbesar Buat Seorang Hamba, Tapi Inilah 14 Golongan Yang Dihalang Untuk Melihat Allah SWT Di Akhirat Kelak
    Sangat Suka

    0%

    Suka

    0%

    Terinspirasi

    0%

    Tidak Peduli

    0%

    Marah

    0%

    Komentar