Daftar Isi
LancangKuning.com - Menurut penyanyi berusia 27 tahun itu, banyak perubahan dalam kehidupannya sejak dia berminat untuk mempelajari tentang agama Islam.Walaupun belum melakukan persediaan sepenuhnya, Daud berkata dia akan cuba menjadi seorang Muslim yang sejati.
“Assalamualaikum. Sejak saya mula berminat dengan Islam, banyak perkara dalam hidup saya telah berubah. Sebenarnya, saya belum bersedia sepenuhnya tetapi saya akan cuba untuk buat yang terbaik untuk menjadi seorang Muslim yang taat,” katanya.
Tambah Daud yang pernah menganut agama Kristian Katolik itu, dia ingin bertaubat kepada Allah SWT setelah sedar banyak dosa dilakukan selama ini.
“Saya tahu yang saya banyak berdosa sebelum ini, tetapi saya ingin bertaubat dan sujud kerana Allah,” katanya.
Dia mengetahui bahawa Allah sentiasa berada di sisinya walaupun dilahirkan sebagai seorang bukan Muslim sebelum ini dan bersyukur setelah mendapat petunjuk daripadaNya.
“Although I am not a born-Muslim, I know that Allah is always with me. Thanks to Him to give me the Signal and help me to recognize it..
“Thanks to Him to show me the right path. There is no God but Allah and Muhammad is His messenger,” ujarnya.
Komentar