COVID-19 catat 14 kes baru, netizen kesal orang Malaysia masih ‘tegar’ melancong luar negara

Daftar Isi

    LancangKuning.com - Dalam pada kita sibuk dengan isu-isu politik, sebenarnya tanpa kita sedari bahawa kini kes koronavirus (Covid-19) sudah semakin bertambah.Menerusi kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), setakat ini sudah terdapat 14 kes baharu, sekaligus mencatat jumlah keseluruhan sebanyak 50 kes

    Catat 14 lagi kes baru

    Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Kini, sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif Covid-19 telah dilaporkan.

    “Setelah 11 hari tiada kes baharu dilaporkan, gelombang kedua bermula pada 27 Februari 2020. Bagi gelombang kedua sehingga 4 Mac 2020, terdapat sebanyak 28 kes positif Covid-19 (iaitu kes ke-23 sehingga kes ke-50) yang telah dilaporkan…”

    Tapi orang Malaysia degil lagi pergi melancong

    Dalam pada itu, ada dalam kalangan warganet mula meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir rakyat Malaysia, yang masih tegar mahu melancong ke luar negara meskipun gejala virus semakin meningkat dan merisaukan.

    Bukan sahaja pihak KKM perlu mengambil tindakan, kita sendiri juga perlu peka dengan keadaan sekeliling dan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga terutama ketika berada di tempat awam.

    Sumber : Sinar Harian

    Bagikan Artikel

    data.label
    data.label
    data.label
    data.label
    Beri penilaian untuk artikel COVID-19 catat 14 kes baru, netizen kesal orang Malaysia masih ‘tegar’ melancong luar negara
    Sangat Suka

    0%

    Suka

    0%

    Terinspirasi

    0%

    Tidak Peduli

    0%

    Marah

    0%

    Komentar