Daftar Isi
LancangKuning.com - Pelakon dan penyanyi Erra Fazira meluahkan rasa syukur diberi peluang untuk menunaikan umrah buat kali kedua baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Erra telah membuat dua posting sebagai tanda kenangan ketika berada di tanah suci.
Menurut Erra, umrah kali lebih manis kerana berpeluang untuk menunaikan ibadah bersama sahabat-sahabat baiknya.
“Alhamdulillah… Syukur kehadratMu Ya Allah. Kau panjangkan usia kami, Kau murahkan rezeki kami, Kau menjemput kami menjadi tetamuMu Ya Rob. Sungguh besar kurniaan yang Engkau berikan pada kami Ya Allah… Kami bersyukur.
“Bergelinang air mata mengerjakan umrah kali ini. Sahabat-sahabay yang ku sayangi. Deqsha, Ery, Fawzi yang telah ku anggap seperti adikku sendiri.
“Muti yang telah menjadi sebahagian dalam hidup ini juga kak intan yang ku anggap kakak sulung yang banyak memberi perhatian dan kasih sayang buat ku.
“Semuanya bersatu hati dan terpanggil untuk mengerjakan umrah bersama. Semuanya kerana ingin mendekati dan menanam kecintaan yang dalam pada Mu Ya Rob, Ya Rasulullah.
“Ku doakan seisi keluarga, sahabat-sahabat juga followers IG ku menjadi tetamu Allah suatu hari nanti.
“Kepada yang sedang terhalang pemergian ke tanah suci, sama-sama kita berdoa agar keadaan kembali pulih.
“Pasti ada Rahmat disebalik larangan kerajaan Saudi buat masa ini. Bertabah dan terus berdoa ya. Moga ada jalan dan dipermudahkan. Amin.
“Kenangan terindah bersama sahabat-sahabat yang dikasihi. @bettybanafe @intanzabidin @makeupbydeqsha @mreryazree @mdfawzi. Moga ada rezeki dan pertemuan lagi untuk kita ke sana. Rindu,” coretnya yang kini sudah kembali ke Malaysia.
Sumber : gempak.com
Komentar