Daftar Isi
LancangKuning.com - Banyak yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak ‘tajaam’.Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.
Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut
1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.
2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.
3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu bera sid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.
4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.
5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tu buh secara keseluruhannya.
6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.
7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.
8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan caara menguatkan tulang.
9. Mampu memperbaiki masalah kesehatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.
10. Nanas boleh dimakan mentah maupun dijadikan jus.
11. Jus nanas bukan saja merupakan minuman yang lezat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bagian bibir dan di bagian muka.
12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta mengha puskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.
14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan badan terasa lesu.
Komentar