Mamat Sepah Sah Bergelar Suami, Bawa Isteri ‘Tour’ Rumah Saudara Mara Dulu Baru Fikir Lokasi Bulan Madu!

Daftar Isi

     

    LancangKuning.com - Dengan sekali lafaz pelawak Mamat Sepah, sah bergelar suami kepada anggota polis IPD Shah Alam, dikenali sebagai Diana Ibrahim. Mamat dan Diana bernikah pada malam Ahad di kediaman pengantin lelaki di Kulai, Johor kira-kira jam 8.00 malam.
     
    Pada majlis tersebut, pengantin lelaki telah memberikan seutas gelang emas sebagai mas kahwin namun, lima dulang hantaran dibalas lima daripada pihak perempuan namun, jumlah wang hantaran dirahsiakan.
     
    Mamat ketika dihubungi Gempak mengucapkan rasa syukur kerana akhirnya urusan perkahwinan dia dan isteri berjalan lancar seperti yang dirancang.
     “Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan berlangsung seperti yang dirancang. Akhirnya saya bergelar suami.
     
    “Macam tak sangka, tetapi ya…Saya sudah melangkahkan kaki ke satu fasa baru dalam hidup ini…Syukur,” katanya.
     
    Ditanya tentang lokasi berbulan madu, Mamat berkata dia dan isteri belum merancang tentang perkara tersebut kerana kekangan masa masing-masing.

    Katanya mengikut adat dan amalan orang jawa, pengantin perlu berkunjung ke rumah sanak-saudara terlebih dahulu.
     

    “Bulan madu tu kami tak fikir lagi…Tapi tengoklah dalam sehari dua ini macam mana sebab kami nak ‘tour’ rumah saudara mara dulu.
     
    “Kalau ikut adat orang jawa ni, pengantin kena pergi rumah saudara mara dulu. Biar kami ‘settlekan tour’ ni dulu,” katanya ketawa.
     
    Mamat dan Diana yang berasal dari Sabah itu, mengikat tali pertunangan setahun lalu sebelum mengambil keputusan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih serius.
     
    Kepada Mamat dan Diana, selamat pengantin baru daripada Gempak!

     

    Sumber : gempak.com

    Bagikan Artikel

    data.label
    data.label
    data.label
    data.label
    Beri penilaian untuk artikel Mamat Sepah Sah Bergelar Suami, Bawa Isteri ‘Tour’ Rumah Saudara Mara Dulu Baru Fikir Lokasi Bulan Madu!
    Sangat Suka

    0%

    Suka

    0%

    Terinspirasi

    0%

    Tidak Peduli

    0%

    Marah

    0%

    Komentar