Inilah Doa Untuk Menolak Wabah Penyakit Yang Diajarkan Oleh Rasulullah

Daftar Isi

    LancangKuning.com - Sekarang ini dunia dikejutkan dengan kedatangan satu wabah atau virus yang dikenal sebagai Virus Korona.Virus korona adalah sejenis virus yang menyerang sistem pernafasan hewan mamalia, termasuk manusia. Virus ini akan mengakibatkan masalah kesehatan seperti demam, flu atau sesak nafas.

    Di China, virus ini dikatakan telah menyerang banyak individu yang tinggal di sekitar kawasan kota Wuhan, China Selatan. Setelah diselidiki, wabah ini dikatakan awalnya dari sebuah pasar ikan yang terletak di bandar Wuhan, China Tengah.Menghawatirkannya lagi, virus ini telah mulai tersebar ke negara jiran seperti Thailand, Jepang dan beberapa  negara lain termasuklah Amerika Serikat.

    Di Amerika, seorang lelaki telah dilarikan ke rumah sakit akibat mempunyai gejala wabah ini selepas pulang melancong dari Wuhan, China ketika wabah ini sudah tersebar.

    Inilah doa rasulullah untuk menolak wabah penyakit:

    Antaranya:

    بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ، وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

    Dengan nama Allah yang dengan nama-Nya, tidak ada satu pun yang dapat memberi kemudharatan di bumi mahupun di langit, Dia-lah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

    أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ

    Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna daripada segala keburukan yang Allah SWT cipta.

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ

    Ya Allah aku memohon kepada-Mu keselamatan di dunia dan akhirat.

    اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ

    Ya Allah aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan penyakit-penyakit yang buruk.

    Kesimpulannya, doa merupakan salah satu ibadah yang hebat kerana menghubungkan di antara hamba dan Allah SWT. Di samping itu, di dalam bab berdoa ini terdapat keluasan yang mana kita tidak semestinya perlu berdoa dengan doa yang diajar oleh Allah SWT di dalam al-Quran atau yang diajar oleh Nabi SAW di dalam hadith sahaja walaupun sebaik-baik doa atau lafaz doa adalah yang daripada Allah SWT dan Nabi SAW.

    Selain itu juga, kita juga perlu menjalankan adab-adab, syarat-syarat dan garis panduan di dalam berdoa agar doa yang dipanjatkan itu merupakan satu doa yang berkualiti tinggi.

    Akhirnya, semoga Allah SWT menyelamatkan kita daripada wabah  ini dan  juga wabah-wabah lain yang berbahaya serta mengancam keselamatan  di dunia mahupun di akhirat.

    Amin.

    Wallahua’lam

    Bagikan Artikel

    data.label
    data.label
    data.label
    data.label
    Beri penilaian untuk artikel Inilah Doa Untuk Menolak Wabah Penyakit Yang Diajarkan Oleh Rasulullah
    Sangat Suka

    0%

    Suka

    0%

    Terinspirasi

    0%

    Tidak Peduli

    0%

    Marah

    0%

    Komentar

    Berita Terkait