Keutamaan kita adalah Tanah Air dan masa depannya – Tok Mat

Daftar Isi

    LancangKuning.com - Krisis kepimpinan Malaysia akhirnya selesai dan suasana gawat politik telah reda. Telah terbit fajar baru untuk Malaysia. Sesuatu yang mesti kita hargai dari semua episod ini ialah betapa matangnya rakyat Malaysia.

    Negara terus aman dan damai. Tiada yang ke jalanraya dan menunjuk rasa. Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab seperti dibentangkan dalam Perlembagaan negara. Rakyat tidak panik dan bertindak keburuan.

    Terima kasih rakyat Malaysia kerana sikap sangat sabar dan bertanggungjawab ini. Anda semua adalah petunjuk sebenar bangsa yang berkemajuan.

    Sekarang terpulanglah kepada Perdana Menteri dan rakan-rakan sekutunya, untuk mengembalikan kepercayaan rakyat setelah apa yang berlaku.

    Walaupun didominasikan oleh tiga parti Melayu utama negara ini, rakyat mengharapkan pemerintahan baru akan menjadi Kerajaan semua untuk semua.

    Malaysia mesti diuruskan dengan pendekatan terangkum dan berkeadilan. Semua punya hak, keutamaan dan kepentingan dibawah lembayung langit Malaysia.

    Keutamaan memulihkan kedudukan ekonomi negara wajar menjadi keutamaan tertinggi. Kesuraman ekonomi Malaysia mesti dicergaskan kembali dan usaha ini mesti dilipat gandakan.

    Terakhir, masanya juga tiba untuk kita kembali bertaut sebagai sebuah bangsa dan negara. Apa yang berlaku seminggu dua ini, adalah lumrah dalam demokrasi yang semakin dewasa tetapi juga ‘volatile’.

    Kepada semua rakyat Malaysia, keutamaan kita adalah tanahair dan masa depannya.

    Setiap dari kita menyimpan cita-cita untuk Malaysia yang terbaik. Inilah persamaan yang selalu kita lupai.

    Jaminan masa depan Malaysia yang lebih baik itu tidak memerlukan pidato yang inspiratif, atau retorik yang menusuk kalbu.

    Ia memerlukan kerja keras, idea yang tulen dan keeratan kerjasama rentas kaum dan agama. Untuk Malaysia nan satu-satunya ini, marilah kita jadikan semua ini harapan nyata.

    Dato Seri Utama Haji Mohamad bin Haji Hasan
    Timbalan Presiden UMNO

     

    Sumber : mykmu.net

    Bagikan Artikel

    data.label
    data.label
    data.label
    data.label
    Beri penilaian untuk artikel Keutamaan kita adalah Tanah Air dan masa depannya – Tok Mat
    Sangat Suka

    0%

    Suka

    0%

    Terinspirasi

    0%

    Tidak Peduli

    0%

    Marah

    0%

    Komentar