CURI KEDAI SENDIRI, TIGA PEKERJA DAN PENGURUS DITAHAN

Daftar Isi

    LancangKuning.com - Helah tiga individu termasuk dua wanita mendakwa kononnya premis tempat mereka berkerja, di Desa Kencana, di daerah ini dipecah masuk akhirnya terbongkar apabila kesemua barangan termasuk wang tunai RM10,000 dan pelbagai jenis rokok sebenarnya dicuri oleh mereka.

    Tindakan lebih berani lagi dilakukan apabila seorang daripada suspek membuat laporan polis berhubung kejadian pecah masuk terbabit bagi mengelak perbuatan mereka dihidu pihak polis.

    Empat individu yang ditahan termasuk suami kepada salah seorang wanita yang juga pengurus di kedai terbabit. Gambar SNT / Ihsan IPD Lahad Datu

    Bagaimanapun taktik mereka berjaya dihidu pihak polis apabila mendapati tiada kesan pecah masuk premis sekaligus polis meragui laporan yang dibuat suspek.

    Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata pihaknya menerima aduan daripada wanita terbabit yang berkerja sebagai pembantu pengurus di kedai berkenaan yang mendakwa kedai itu dipecah masuk dan beberapa barangan serta wang tunai hilang dipercayai dicuri.

    “Wanita itu mengatakan ketika membuka kedai bersama rakan sekerjanya jam 7.10 pagi, Ahad lalu, mendapati rokok di dalam rak dan wang tunai dianggarkan RM10,000 di dalam peti besi yang terletak di dalam bilik pengurus hilang.

    “Satu laporan polis dibuat oleh wanita terbabit pada hari sama, jam 12.38 tengah hari dan hasil pemeriksaan polis ke atas kedai berkenaan mendapati tiada kesan pecah masuk dan kunci mangga dalam keadaan baik.

    “Curiga dengan laporan itu, polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu menjalankan siasatan dan menahan pengurus, pembantunya serta seorang pekerja lelaki untuk siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

    Beliau berkata siasatan terhadap suspek mendedahkan perancang utama kejadian itu adalah pengurus kedai dan pembantu kedai berkenaan.

    “Mereka mengatakan terdesak kerana mengalami kerugian hasil jualan sebanyak RM4,000 lalu melakukan pecah kedai yang dibantu oleh suami pengurus kedai berkenaan dan menjadikan seperti kedai itu dipecah masuk.

    “Susulan kejadian itu polis menahan suami pengurus terbabit dan merampas wang tunai RM6,000 serta 113 kotak rokok pelbagai jenama di sebuah ladang di Kinabatangan,” katanya.

    Menurutnya, semua suspek berusia 26 hingga 35 tahun ditahan dan polis merampas wang tunai RM8,164 serta 113 kotak rokok pelbagai jenama.

    “Kesemua suspek berusia 26 hingga 35 tahun ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya. -SabahNewsToday

     

    Sumber : sabahnewstoday.com

    Bagikan Artikel

    data.label
    data.label
    data.label
    data.label
    Beri penilaian untuk artikel CURI KEDAI SENDIRI, TIGA PEKERJA DAN PENGURUS DITAHAN
    Sangat Suka

    0%

    Suka

    0%

    Terinspirasi

    0%

    Tidak Peduli

    0%

    Marah

    0%

    Komentar