Daftar Isi
LancangKuning.com - Pemergian pelawak Abam Bocey atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey pada 10 Februari lalu sangat memberi kesan yang besar kepada masyarakat. Pendakwah terkenal Ebit Lew turut berkongsi sebuah rakaman pendek ketika menemubual Abam dalam sebuah program.
Ebit telah mengajukan soalan jika hari ini hari terakhir Abam apa pesanan yang ingin ditinggalkannya.
“Jika ditakdir esok tu dah takda. Tapi katalah kalau hari ini adalah hari terakhir Abam, apa yang nak sangat cakap?
“Kita tak tahu insya-Allah panjang umur. Tapi kalau ini terakhir dalam masa 10 saat ja,” tanya Ebit kepada Abam.
“Kita susah kita diuji. Kita senang lagi kita diuji sebenarnya. Tapi paling penting sebelum nak tolong orang lain, tolong ahli keluarga sendiri dulu.
“Sebab majoriti gelendangan di luar sana sebab dia susah sebab adik beradik dia tak tolong. Jadi ada rezeki lebih, kita tolong adik-beradik kita. Supaya mereka tak jadi macam tu,” jawab Abam diiringi tepukan daripada penonton.
Dalam pada itu, Ebit turut mendedahkan keadaan dirinya yang berasa sebak ketika mengulas topik tersebut.
“Sebak masa tanya pada Abam masa tu. Jika hari ini hari terakhir. Kadang bila ingat saat terakhir kita akan cakap nasihat yang amat penting dan ikhlas. Beliau orang baik..
“Uwais Qarni disebut Nabi saw kuat khidmat ibunya dan makbul doanya. Sehingga sahabat rhum yang teramat mulia diperintah Nabi saw untuk cari Uwais rah dan minta doa darinya.
“Begitulah hari ini Allah muliakan Abam kerana mencintai dan memuliakan ibunya. Ibu bapa kita syurga untuk kita.
“Syukur hari ini Allah beri contoh orang yang menyenangkan hati ibunya dan membantu semua adik beradik. Allahuakbar.
“Semoga berjuta rahmat kau beri padanya berilah sedikit pada diriku ini dan kami semua. Berilah kami dapat khidmat mak ayah kami,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.
Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi semalam (10 Februari).
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Sumber : gempak.com
Komentar